Lambat pulak sambung cerita. Bukan terlalu sibuk, kekangan kerana laptop tidak berfungsi. Memohon budget dari sang Pencipta, belum lepas lagi. Hi...hi....Apapun syukur kerana masih ada PC di MRS yang boleh digunakan ketika masa terluang.
Hangat cuti raya cina masih terasa. MRS pun masih bercuti, esok baru beroperasi semula. Tu yang boleh menaip hari ni. Cerita pasal trafik...trafik di Parit Raja boleh tahan sesak hari ini. Trafik di dalam jiwa Aimywawa Alhamdulillah semakin bagus. Macamana nak buat trafik jiwa ni jadi bagus?
1. Syukur dengan apa saja yang ada saat ini. Sekecil-kecil perkara sehingga yang paling besar
- roh dan jasad yang masih Allah pinjamkan
- udara yang masih berkitar utk kita bernafas
- kaki msh boleh berjalan, tangan masih boleh bergerak, organ masih berfungsi.
- duit gaji yang ada kerana ada orang yang langsung tiada gaji
- pekerjaan yang ada
- tempat berlindung walaupun mungkin kecil kerana ada orang yang berpeleseran
-bos walaupun dia cerewet, garang
-pensel untuk menulis
- minda untuk berfikir
-semuanya......kerana semua itu adalah milik Allah dan kita hanya dipinjamkan untuk tempoh yang singkat sahaja.
Semakin banyak kita bersyukur, semakin terasa kecil masalah yang menimpa kita. Sebelum ini masalah kecil pun Aimywawa rasa besar, bila dah bersyukur, semuanya nampak jalan penyelesaian yang terlalu mudah. Hidup terasa sempurna....ayuh..panjatkat rasa syukur bersama-sama.....
2. Kembali kepada sang Pencipta. Sujud kepadaNya, solat taubat, hanya dua rakaat sahaja, tak susah kan? Lebih sekejap tempohnya berbanding makan sarapan. Lakukan secara istiqamah, 40 hari berturut-turut.
Tak sempat malam pun, siang. Beristighfar 100kali dalam sujud terakhir atau di luar sujud. Dulu Aimywawa rasa xde salah pun, nak buat apa sujud? Sebenarnya sebagai manusia, makhluk Allah, kita penuh dengan kekurangan. Akan ada saja kesalahan tanpa sedar atau disengajakan. Bagi wanita yang uzur, cukup setakat beristighfar 100X.
Tak sempat malam pun, siang. Beristighfar 100kali dalam sujud terakhir atau di luar sujud. Dulu Aimywawa rasa xde salah pun, nak buat apa sujud? Sebenarnya sebagai manusia, makhluk Allah, kita penuh dengan kekurangan. Akan ada saja kesalahan tanpa sedar atau disengajakan. Bagi wanita yang uzur, cukup setakat beristighfar 100X. 3. Sedekah.
Lebih banyak anda memberi, lebih banyak akan anda perolehi. Memberilah walaupun kita tiada dan percayalah akan rezeki yang sudah dijanjikan Allah. Yakin padanya walau setelah memberi poket anda licin. Gantiannya luar biasa hebat!!
Pernah tak kawan-kawan terfikir nak memberi tapi tak terberi-beri. Aimywawa dulu selalu macam tu. Kesian, nak hulur duit, tapi tertangguh-tangguh, malulah....itulah...inilah....Syaitan punya kerja rupanya!
Aimywawa doakan ada yang mendapat manfaat dari entry ini.
Jumpa lagi karang...dah hampir 6 ptg...nak siapkan dokumen..balik...ready untuk esok.






No comments:
Post a Comment