Assalamualaikum wbk saudaraku sekalian....semoga sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya!
Sudah biasa melihat dan melalui jem beginikan? Bagi orang KL..sudah jadi perkara biasa....asam garam katanya. Kalau tak jem bukan planet KL...planet lain! hehe... Bagi Aimywawa, sesekali merasa jugaklah. Tapi jem yang Aimywawa nak sentuh ni bukan jem jalanraya..tapi jem dalam hidup...dalam jiwa. Jem yang lagi dahsyat dalam alam semesta sebenarnya. Kalau jumpa ikhtiar nak akhiri jem x apa...kalau x jumpa dan x cuba mencari..alamat sampai akhir hidup menderita. Bukan orang lain puncanya...sendiri pulak tu. Jem ni berlaku di bawah sedar. Tak tau langsung pun hidup kita jem sebenarnya!
Betul ke betul Aimywawa ni? Ada jem lain ke?
Ada....memang ada. Aimywawa sendiri dah rasa. 37 tahun hidup dalam dunia...rasa ok sgt dah..hidup selesa...ada kereta, rumah nak duduk, ada duit nak berpoya-poya..bolehla sangat....
alhamdulillah Allah bukakan hati pergi satu seminar penghujung 2013. Pembuka kunci yang Allah send untuk Aimywawa...Thank you very much Allah atas kasih sayang dan peringatanMU pada hambamu yang kerdil ini.
Apa sebenarnya matlamat hidup kita sebagai manusia di atas muka bumi ni? Matlamatnya kembali pada pencipta, Allah. Berapa banyak persediaan Aimywawa ada untuk menuju ke situ. Tak berapa ada jawapannya.
1..Selama ni hidupnya jem, bertumpu pada duniawi sahaja. Solat penuh insyaAllah. Lambat ke cepat depends pada mood. {Jiwa jem....situasi kritikal}
2..Duit banyak, makan sendiri. Kurang memberi pada orang lain. Tak yakin dengan janji Allah, bagilah dan Allah akan balas balik. Kalau aku bagi, apa yang tinggal untuk aku?? {semuanya sebab jiwa jem}
3..Hidup tak berkembang, silaturrahim kurang, nak tunggu orang lain gerak, baru kita gerak.
4.. Teragak-agak menghulur bantuan.
5..Sukar nak memaafkan orang lain dan diri sendiri. Macam dah maafkan.......
6..Menganggap semuanya sudah ditakdirkan sedangkan Allah beri kita banyak pilihan.
Selepas seminar....apa berlaku?????
Aimywawa sambung next entry...
Jumpa lagi......

No comments:
Post a Comment