Sunday, 2 February 2014

Info Trafik Jem 2

Salam ukhwah...
Lambat pulak sambung cerita.  Bukan terlalu sibuk, kekangan kerana laptop tidak berfungsi.  Memohon budget dari sang Pencipta, belum lepas lagi.  Hi...hi....Apapun syukur kerana masih ada PC di MRS yang boleh digunakan ketika masa terluang.

Hangat cuti raya cina masih terasa.  MRS pun masih bercuti, esok baru beroperasi semula.  Tu yang boleh menaip hari ni.  Cerita pasal trafik...trafik di Parit Raja boleh tahan sesak hari ini.  Trafik di dalam jiwa Aimywawa Alhamdulillah semakin bagus.  Macamana nak buat trafik jiwa ni jadi bagus?

1.  Syukur dengan apa saja yang ada saat ini.  Sekecil-kecil perkara sehingga yang paling besar
- roh dan jasad yang masih Allah pinjamkan
- udara yang masih berkitar utk kita bernafas
- kaki msh boleh berjalan, tangan masih boleh bergerak, organ masih berfungsi.
- duit gaji yang ada kerana ada orang yang langsung tiada gaji
- pekerjaan yang ada
- tempat berlindung walaupun mungkin kecil kerana ada orang yang berpeleseran
-bos walaupun dia cerewet, garang
-pensel untuk menulis
- minda untuk berfikir
-semuanya......kerana semua itu adalah milik Allah dan kita hanya dipinjamkan untuk tempoh yang singkat sahaja.

Semakin banyak kita bersyukur, semakin terasa kecil masalah yang menimpa kita.  Sebelum ini masalah kecil pun Aimywawa rasa besar, bila dah bersyukur, semuanya nampak jalan penyelesaian yang terlalu mudah.  Hidup terasa sempurna....ayuh..panjatkat rasa syukur bersama-sama.....



2.  Kembali kepada sang Pencipta.  Sujud kepadaNya, solat taubat, hanya dua rakaat sahaja, tak susah kan?  Lebih sekejap tempohnya berbanding makan sarapan.  Lakukan secara istiqamah, 40 hari berturut-turut.   
Tak sempat malam pun, siang.  Beristighfar 100kali dalam sujud terakhir atau di luar sujud.  Dulu Aimywawa rasa xde salah pun, nak buat apa sujud?  Sebenarnya sebagai manusia, makhluk Allah, kita penuh dengan kekurangan.  Akan ada saja kesalahan tanpa sedar atau disengajakan.  Bagi wanita yang uzur, cukup setakat beristighfar 100X.  


 2 rakaat yang boleh dilakukan bila-bila masa sahaja ketika dibolehkan bersolat.  Sangat mudah!!!!



3.  Sedekah.  
Lebih banyak anda memberi, lebih banyak akan anda perolehi. Memberilah walaupun kita tiada dan percayalah akan rezeki yang sudah dijanjikan Allah.  Yakin padanya walau setelah memberi poket anda licin.  Gantiannya luar biasa hebat!!



Pernah tak kawan-kawan terfikir nak memberi tapi tak terberi-beri.  Aimywawa dulu selalu macam tu.  Kesian, nak hulur duit, tapi tertangguh-tangguh, malulah....itulah...inilah....Syaitan punya kerja rupanya!


Jom mulakan sedekah walaupun RM1.  Walaupun kecil besar manfaatnya pada orang yang perlu.  Lepas tu upgrade...RM2 tengok perubahan hidup kita macam mana.  Berubah sedikit Allah akan tunjuk banyak.

Aimywawa doakan ada yang mendapat manfaat dari entry ini.


Jumpa lagi karang...dah hampir 6 ptg...nak siapkan dokumen..balik...ready untuk esok.

Saturday, 25 January 2014

[Info Trafik Jem]

Assalamualaikum wbk saudaraku sekalian....semoga sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya!

 Sudah biasa melihat dan melalui jem beginikan? Bagi orang KL..sudah jadi perkara biasa....asam garam katanya.  Kalau tak jem bukan planet KL...planet lain!  hehe...  Bagi Aimywawa, sesekali merasa jugaklah.  Tapi jem yang Aimywawa nak sentuh ni bukan jem jalanraya..tapi jem dalam hidup...dalam jiwa.  Jem yang lagi dahsyat dalam alam semesta sebenarnya.  Kalau jumpa ikhtiar nak akhiri jem x apa...kalau x jumpa dan x cuba mencari..alamat sampai akhir hidup menderita.  Bukan orang lain puncanya...sendiri pulak tu.  Jem ni berlaku di bawah sedar.  Tak tau langsung pun hidup kita jem sebenarnya!

Betul ke betul Aimywawa ni? Ada jem lain ke?

Ada....memang ada.  Aimywawa sendiri dah rasa.  37 tahun hidup dalam dunia...rasa ok sgt dah..hidup selesa...ada kereta, rumah nak duduk, ada duit nak berpoya-poya..bolehla sangat....

alhamdulillah Allah bukakan hati pergi satu seminar penghujung 2013.  Pembuka kunci yang Allah send untuk Aimywawa...Thank you very much Allah atas kasih sayang dan peringatanMU pada hambamu yang kerdil ini.


Apa sebenarnya matlamat hidup kita sebagai manusia di atas muka bumi ni?  Matlamatnya kembali pada pencipta, Allah.  Berapa banyak persediaan Aimywawa ada untuk menuju ke situ.  Tak berapa ada jawapannya.  

1..Selama ni hidupnya jem, bertumpu pada duniawi sahaja.  Solat penuh insyaAllah.  Lambat ke cepat depends pada mood.  {Jiwa jem....situasi kritikal}
2..Duit banyak, makan sendiri.  Kurang memberi pada orang lain.  Tak yakin dengan janji Allah, bagilah dan Allah akan balas balik.  Kalau aku bagi, apa yang tinggal untuk aku??  {semuanya sebab jiwa jem}
3..Hidup tak berkembang, silaturrahim kurang, nak tunggu orang lain gerak, baru kita gerak.
4.. Teragak-agak menghulur bantuan.
5..Sukar nak memaafkan orang lain dan diri sendiri.  Macam dah maafkan.......
6..Menganggap semuanya sudah ditakdirkan sedangkan Allah beri kita banyak pilihan.

Selepas seminar....apa berlaku?????
Aimywawa sambung next entry...

Jumpa lagi......



Pentas sebenar......

Salam ukhwah...

Tanpa sedar kita semua sebenarnya adalah pelakon hebat!!!  Tak perlu jadi artis untuk menilai bakat lakonan...cukup sekadar menyelusuri apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.  Untuk Aimywawa sendiri sudah 37 tahun melalui hidup ini dengan laluan yang entah apa-apa.  Alhamdulillah diberi Allah kesempatan untuk membetulkan apa yang silap dan mengongsikan apa yang benar.  Walaupun Aimywawa duduk di Batu Pahat yang bebas jem...sebenarnya hidup Aimywawa jauh lebih jem berbanding trafik KL yang ada juga berhenti jemnya.  Ketandusan ilmu jiwa menjadikan hidup Aimywawa lebih jem dari trafik KL.  Nak tahu lebih lanjut, Follow my blog untuk entry seterusnya yang lebih syooook insyaAllah.  Mudah2an perkongsian ini membawa manfaat untuk sahabat pembaca.


Life is a movie.

Written, directed and produced by God and played by you.

It's only a one take movie. No retake. No cuts. No time out. So play it the best you can and make it a BLOCKBUSTER. Because in God's eyes you're a STAR. :)



 
Fikir dan lakukan apa yang boleh diberi dan mendatangkan manfaat kepada orang lain.  InsyaAllah bertambah pahala.  Hindari perkara negatif agar kita tidak terjebak ke arah itu dan menambah timbangan dosa....






Malu melakukan perkara yang dilarang meninggikan lagi Iman....Amin!