Wednesday, 16 November 2011

Mencari tenang Irene 2

Mencari tenang Irene 1

Islam yang tenang, bersama-sama kita bersyukur kerana berada dalam agama ini tanpa perlu berjuang.  Tanpa perlu bersusah payah mencari agama seperti orang yang tidak punya.

Monday, 24 October 2011

Apa itu tenang?

Salam sejahtera....

Sepertimana bahagia itu berbeza maknanya untuk semua orang...begitu juga dengan tenang.....

Tenang untuk orang yang berhutang adalah langsai hutangnya, tenang untuk orang bersalah adalah diberi kemaafan, tenang untuk orang yang mencari adalah bertemu dengan apa yang dicari.  Nampak mudah tetapi sukar untuk difahami bagi sesetengah orang.

Tenang boleh saja dikatakan sebagai tiada gangguan, sunyi dari kesibukan atau apa sahaja yang meributkan.  Namun tenang bagi seorang yang kuat bekerja adalah mendapat projek dan pekerjaan yang banyak.  Maka adalah lebih mudah memberi erti tenang jika kita melihat situasi.

Apapun, hidup yang tenang jangan disangka tiada masalah....Hidup tiada masalah jauh dari ingatan ALLAH.  Bersyukur dengan apa yang ada sambil berusaha mencapai tahap yang lebih baik. Wallahu....